Koko anugerah alam paling hebat kepada manusia sejagat. Daripadanya tercipta coklat, bahan makanan
amat lazat lagi berkhasiat dengan rasa penuh nikmat. Bersama aromanya yang memikat, hampir tiada orang
di dunia ini yang tidak menggemari coklat. Memenuhi selera dan keinginan penggemar coklat maka lahirlah
blog Coklat Bites ini.
Tak kenal maka tak cinta,
Tak rasa maka tak tahu kelazatannya,
Itulah rahsia sebalik koko sebagai satu anugerah alam semulajadi. Koko boleh menghasilkan ratusan produk
dengan pelbagai cita rasa serta variasi rupa dan bentuk. Khasiatnya sejati, lazatnya menyegarkan.